Disaat Ruh Berkata-kata
Oleh: "Isriyanto, S.Pd" | Giat Belajar
Dec 14, 2011
Apabila
roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam baik yang
ada di langit ataupun di bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai
orang yang memandikan, aku minta kep adam u kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut". Setelah
itu, sang ruh berkata sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Disaat keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda.
Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh kembali berpesan: " Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya
dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika
ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu merasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Ada satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Dimana tidak seorang pun ada tanda-tanda cahaya di wajah mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat saudaranya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat saudaranya
mengenai ketiadaan cahaya itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi cahaya adalah kerana petunjuk drpd anak-anak
dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak saudaranya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai ayah mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak saudaranya itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan bardo'a dan
bersedekah untuk ayahnya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat saudaranya. Dimana kali ini keluarganya itu sudah ada cahaya dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai
ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang
yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibril A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik,
maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang
nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam mas a itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada
jalan bagimu mencabut roho orang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan
ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari
arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.
Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3.
Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.
Roh para
syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..
5.
Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6.
Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.
Orang-orang
yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.
Orang berpuasa
di hari Arafah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment